Posts

Showing posts from 2010

Sunset at Turtle Island, #Sabah Borneo. Taken a few mins ago.... on Twitpic

Image
Sunset at Turtle Island, #Sabah Borneo. Taken a few mins ago.... on Twitpic

An-Nas.

Image
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani Katakanlah (wahai Muhammad): Aku berlindung kepada (Allah) Pemelihara sekalian manusia. (1) Yang Menguasai sekalian manusia. (2) Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia. (3) Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam. (4) Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia. (5) (Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia. / (6)

Al-Falaq.

Image
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani Katakanlah (wahai Muhammad): Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk. (1) Dari bencana makhluk-makhluk yang Dia ciptakan. (2) Dari bahaya gelap apabila ia masuk. (3) Dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan). (4) Serta dari kejahatan orang yang dengki apabila dia melakukan dengkinya. / (5)

Al-Ikhlas.

Image
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa. (1) Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat. (2) Dia tiada beranak dan Dia pula tidak diperanakkan (3) Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya. / (4)

Al-Kafiroon.

Image
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai orang-orang kafir! (1) Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. (2) Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah. (3) Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat. (4) Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. (5) Bagi kamu agama kamu dan bagiku agamaku. / (6)

Salam

Image
Welcome to my blog.